Thursday 13 December 2012

Pembelajaran Elektronik (E-Learning)


Daripada definisi ini, kita boleh katakan E-Pembelajaran adalah termasuk
 
Pembelajaran berasaskan Web/ “Web-based learning” (WBL)
Arahan berasaskan Web / ”Web-based instruction” (WBI)
Latihan berasaskan Web/ “Web- based training” (WBT)
Latihan berasaskan Internet/ “Interne-based training” (IBT)
Distributed Learning(DL)
Advanced Distributed Learning(ADL)
Pendidikan jarak jauh/ “Distance learning” (DL)
Pembelajaran Atas Talian /”online learning”(OL), mobile learning (m-learning) or nomadiac leraning, remote learning..( anytime, anyplace, anywhere learning)

Tuesday 11 December 2012

Sigmund Freud


Foto kumpulan 1909 di depan Universiti Clark. Baris depan dari kiri: Sigmund Freud, Granville Stanley Hall, Carl Jung. Baris belakang dari kiri: Abraham A. Brill, Ernest Jones, Sandor Ferenczi.
Sigmund Freud (6 Mei 185623 September 1939) ialah seorang ahli neurologi Austria serta pengasas psikoanalisis, satu subbidang psikologi. Beliau paling dikenali untuk kajian-kajiannya terhadap nafsu berahi, penindasan, dan fikiran bawah sedar. Freud sering dirujuk sebagai "Bapa Psikoanalisis", dan kerja-kerjanya amat terpengaruh dalam imaginasi yang popular — mempopularkan tanggapan-tanggapan terhadap fikiran bawah sedar, mekanisme pertahanan, kesilapan sebut Freud, dan perlambangan mimpi — sementara memberi kesan-kesan yang abadi kepada berbagai-bagai bidang seperti sastera, filem, teori-teori Marxisme dan faham kewanitaan, kritikan kesusasteraan, serta falsafah, dan sudah tentunya, psikologi.

Definisi Sosialisasi:


Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial
  - pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat  sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak ( Amir Hasan Dawi, 2006, Penteorian Sosiologi & Pendidikan Edisi Ketiga )
Sebuah proses penanaman atau transfer kebiasaan atau nilai dan aturan dari satu generasi ke generasi lainnya dalam sebuah kelompok atau masyarakat.

Monday 10 December 2012

RPH KPD 4033



1-Mohd Harith Bin Othman (L20122009310)
2-Shaiful Azizan Bin Sidek (L20122009311)
3-Mohd Rahmad Bin Mat Yatim (L20122009249)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran                                    : Pendidikan Islam
Tarikh/Hari                                          : 21 November 2012 (Rabu)
Masa                                                    : 8.00 pagi – 8.40 pagi (40 minit)
Tingkatan                                            : 4 Khalid 1 (Tahap : Tinggi)
Bil Pelajar                                            : 36 Orang
Tajuk                                                   : Bab 3 – Memahami Rukun Islam dan Rukun Iman
Sub Tajuk                                            :         3.1 Pengertian Islam dan Iman
                                                                      3.2 Rukun Islam dan Rukun Iman
                                                                      3.3 Kelebihan memahami rukun islam dan rukun
                                                                            iman.
Objektif                                               : Di akhir pengajaran, pelajar dapat :
a.              Menyatakan pengertian Islam dan Iman dengan tepat.
b.             Menjelaskan rukun islam dan rukun iman dengan betul.
c.              Menghubungkait kefahaman rukun islam dan rukun iman dalam kehidupan.

Pengetahuan Sedia Ada                     : Pelajar telah menghafal rukun islam dan rukun iman.
BBB                                                  : Komputer, slaid powerpoint, buku rujukan,dan   
                                                              peta minda.
Nilai Murni                                         : Memahami dan meyakini.
KBKK                                               : Menghubung kait, mencirikan, membanding, membuat urutan dan mengenal pasti.
Tahap Kognitif                                    : Pengetahuan, pemahaman dan aplikasi.







Langkah
/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Sumber/Strategi/
Kaedah/BBB /Nilai/
KBKK/Tahap Kognitif
Aktiviti Guru
Aktiviti Pelajar
Pendahuluan
(2 minit)

Guru memberi salam dan membaca doa
Pelajar menjawab salam dan membaca doa.

Set Induksi
(3 minit)
Pengenalan tentang rukun iman dan rukun islam
-Guru menayangkan slide gambar orang yang sedang menunaikan haji,bersolat,berpuasa,dan zakat.

-Guru meminta pandangan melalui tayangan yang telah dipaparkan
-Pelajar memberi tumpuan kepada tayangan yang dipaparkan.




-Pelajar memberi pandangan berkaitan berdasarkan pengetahuan yang sedia ada.
Sumber :
buku rujukan

Strategi :
Pemusatan guru dan murid

Kaedah :
Soal Jawab


BBB :
Slide bergambar

Nilai :
Pemahaman

KBKK : Menghubung kait

Tahap kognitif:
Pengetahuan

Langkah 1
(10 minit)
Menyatakan rukun islam dan rukun iman dengan betul.
-Guru menayangkan pengertian islam iman melalui slide.

-Guru menerangkan  makna pengertian islam dan iman.

-Guru meminta pelajar menghafal makna pengertian islam dan iman.
-Pelajar memberi perhatian kepada slide yang ditayangkan oleh guru.
-Pelajar merekodkan makna pengertian islam dan iman.


-Pelajar menghafal makna pengertian islam dan iman secara individu.
Sumber :
Slide dan buku rujukan

Strategi :
Pemusatan guru dan pemusatan pelajar

Kaedah :
Penerangan

BBB :
Slide

Nilai :
Memahami dan meyakini

KBKK :
Mengenalpasti

Tahap kognitif:
Pemahaman


Langkah 2
(10 minit)
Menjelaskan rukun islam dan rukun iman dengan betul.
-Guru menjelaskan rukun islam dan rukun iman melalui peta minda.

-Guru menganalisis pemahaman beberapa orang pelajar melalui soal jawab.
-Para pelajar menyalin peta minda tersebut ke dalam buku nota.

-Kesemua pelajar dapat menjwab dengan betul.
Sumber :
Peta minda

Strategi :
Pemusatan guru dan pemusatan pelajar

Kaedah :
Penjelasan

BBB :
Peta minda

Nilai :
-penjelasan dan analisis

KBKK :
Mengenalpasti

Tahap kognitif:
Pemahaman


Langkah 3
(10 minit)
Kelebihan memahami rukun islam dan rukun iman
-Guru mengorganisasi pelajar kepada 4 kumpulan untuk memberitahu kelebihan memahami rukun islam dan iman

-Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk menjelaskan kelebihan memahami rukun islam dan iman

-pelajar mencari kelebihan memahami rukun islam dan iman mengikut kumpulan masing-masing melalui buku teks dan buku rujukan.

-Wakil setiap pelaja menjelaskan kelebihan memahami rukun islam dan iman.
Sumber :
Buku rujukan

Strategi :
 pemusatan pelajar

Kaedah :
Perbincangan




Nilai :
Kerja sama

KBKK :
Mengenalpasti

Tahap kognitif:
Pemahaman


Penutup
( 5 minit)

-Guru merumuskan topik pembelajaran hari ini.


-pelajar membuat kesimpulan topik pembelajaran pada hari ini.
Nilai:
-kewajipan
-keyakinan
-kepatuhan